7 Saam akhirat yang perlu umat Islam ketahui.
Tahukah anda, terdapat beberapa jenis ‘saham’ yang masih berterusan, sekalipun setelah kita meninggal dunia. Dan, menariknya ‘saham’ ini juga akan membantu kita di akhirat kelak. Apakah ‘saham’ tersebut? Rasulullah SAW bersabda: “Apabila anak Adam (manusia) meninggal dunia, maka terputuslah semua (pahala) amal perbuatannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya.” (Hadis Riwayat Muslim) Berdasarkan hadis di atas, jelaslah bahawasanya ‘saham’ yang dimaksudkan pada tajuk artikel ini ialah sedekah jariah atau amal jariah. Apa itu amal jariah? Amal jariah adalah amalan yang terus mengalir pahalanya, walaupun orang yang melakukan amalan tersebut sudah meninggal dunia. Ringkasnya, amalan tersebut terus menghasilkan pahala yang terus kepada pelakunya yang sudah meninggal itu. Dalam riwayat lain, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya di antara amal kebaikan yang mendatangkan pahala setelah orang yang melakukannya meni...
Comments